4

ce citer! ce citer!

This entry tak nak cakap banyak..just wanna tell da worlds dat im so PROUD to be one of the USM students..wuhooo!!!

Mane tak nya..one of my lecturers kuar paper ari nih..

Kenapa?? Tak percaya ka?? (teringat ads adibah nor ngn si Chinese tuh..hehehe)

check this link...

kalu mls nk tgok, meh sini me copy n paste kan pe bende yang me suroh uoll tgok tuh..


USM hasil produk rencat sel barah pangkal rahim


2011/02/14

GEORGETOWN: Penyelidikan selama dua tahun oleh Universiti Sains Malaysia (USM) akan memberi peluang kepada wanita di negara ini mencegah barah pangkal rahim dengan kos yang jauh lebih rendah.

Dikenali ManjaProtect, produk makanan tambahan itu dijangka ke pasaran tahun depan dengan harga antara RM45 dan RM60.

Penyelidiknya, Dr Hasmah Abdullah, berkata produk itu mampu merencat pertumbuhan sel barah pangkal rahim yang menjadi pembunuh nombor dua wanita selepas barah payu dara.

"ManjaProtect adalah sejenis produk daripada ekstrak tumbuhan manjakani dan mengandungi asid galik, vitamin C dan selenium yang bersinergi antara satu sama lain menjadikannya sesuai bagi pencegahan barah pangkal rahim," kata penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM itu.

Selain itu, katanya, kandungan produk yang rendah protein dan lemak tetapi tinggi dengan karbohidrat ringkas membolehkannya sesuai diambil oleh semua golongan.

"Sasaran pengguna produk ini adalah merangkumi pesakit renal, kardiovaskular serta kencing manis," katanya.

Dr Hasmah berkata, penyelidikan yang diinspirasikan oleh penggunaan meluas herba manjakani oleh wanita di negara ini bermula Jun 2008 dan selesai pada Oktober lalu.
Katanya, penyelidikan itu dibiayai menerusi dana penyelidikan USM sebanyak RM40,000 dan dibantu Dr Mohd Rafiquzzaman, Dr Sakinah Harith, pelajar sarjana serta pembantu penyelidik.

"Kami sedang melaksanakan pembangunan lanjutan dan dalam proses mempatenkannya," katanya menambah USM sedang mencari rakan kongsi untuk pemasaran produk terbabit. - BERNAMA

See??? Bangga giler..hahahha...okeyh my lecturer tuh Dr. Hasmah Abdullah..last sem die ajar me Teknik Biologi Molekul aka TBM...wah! vass gtu!!! Hahaha

ni ler dr sayer..


Okeyh..stop di sini..im lookin forward to write an entry regarding a wedding of my fren.. she’s verrrryy chanteq! im waiting for her permission..klu dapat, okeyh! J

4 comments:

Unknown said...

hebat! :)
nanti klw nak wat FYP, pilih2 supervisor yg bagos okay...

myzah said...

tak terpikir ag la akak..hehehe
time2 gni akak mmg dh fkir sume ke??
terer giler!

yana said...

hebattt!! smart gle dr kte weii! hehehe

myzah said...

hahah...da power of ppsk espcially biomed..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget
Back to Top