0

dia...

Dia yang diambil dari tulang rusuk. Jika Tuhan menyatukan dua orang yang berlawanan sifatnya, maka sifat itu akan menjadi saling melengkapi.

Dialah penolongmu yang sepadan, Bukan teman ketika terdesak sepadan...

Ketika pertandingan di mulakan, dia tidak akan berada di hadapan untuk berlawan denganmu. Tetapi dia akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga di belakang saat engkau berada di depan atau segara mengembalikan bola ketika bola ituterlepas dari tanganmu. Dialah yang akan menutupi kekuranganmu.

Dia ada untuk melengkapi apa yang tidak ada pada seorang yang bernama lelaki; perasaan, emosi, lemah lembut, keindahan, kecantikan, rahim untuk melahirkan umat manusia, menguruskan hal-hal rumahtangga sehingga ketika lelaki tidak mengerti hal-hal itu, dialah yang akan menyelesaikan bahagiannya... sehingga tanpa kau sedari ketika kau menjalankan sisa hidupmu...kau menjadi lebih kuat dengan kehadirannya di sisimu...

Jika ada makhluk yang sangat berlawanan sifatnya dengan sifat lelaki..itulah PEREMPUAN...

Jika ada makhluk yang sanggup menakluki hati hanya dengan sebuah senyuman, itulah PEREMPUAN..

Dia tidak perlu hujah hebat dari seorang lelaki..tetapi dia perlukan jaminan rasa aman darinya kerana dia ada untuk dilindungi, tidak hanya secara fizikal tetapi juga emosi.

Dia tidak tertarik kepada fakta-fakta yang tepat. Bahasa yang teliti dan logik yang dapat disampaikan secara lengkap dari seorang lelaki. Tetapi yang dia perlukan adalah perhatiannya... kata-kata ynag lembut... ungkapan-ungkapan sayang yang mudah... Namun baginya sangat bererti. Hingga membuatnya aman di dekatimu..

Batu yang keras dapat terhakis habis oleh air yang menglir. Sifat lelaki yang keras terimbangi oleh kelembutan perempuan. Rumput yang lembut tidak mudah tumbang oleh badai jika dibandingkan dengan pohon yang besar dan rendang. Seperti juga di dalam kelembutannya, di situlah terletak kekuatan dan ketahanan yang membuatnya bertahan dalam situasi apapun.

Dia lembut bukan untuk dipijak. Rmput yang lembut akan dinaungi oleh pohon yang besar dan rendang. Jika lelaki terfikir tentang perasaan wanita, itu selama dari hidupnya. Namun jika perempuan berfikir tentang perasaan lelaki, hal itu akan menghabiskan seluruh hidupnya.

Kerana perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Kerana perempuan adalah sebahagian daripada lelaki. Apa yang menjadi bahagian dari hidupnya, akan menjadi bahagian dari hidupmu. Keluarganya akan menjadi keluarga barumu juga. Keluargamu akan menjadi keluarganya juga. Sekalipun dia jauh dari keluarganya, namun ikatan emosi kepada keluarganya tetap ada kerana dia lahir dan dibesarkan di sana. Kerana mereka, dia menjadi seperti sekarang ini. Perasannya terhadap keluarganya, akan menjadi bahagian perasaanmu juga...

Kerana kau dan dia adalah satu...

Dia adalah dirimu yang tidak ada sebelumnya...

( Dudung Abdussomad Toha )

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget
Back to Top