aku menghayati..setiap detik jam berbunyi...
aku menghayati.. setiap langkah yang ku tempuhi...
aku menghayati..setiap memori yang menerjah di fikiran ku...
kemudian..aku pergi ke satu sudut..
satu sudut di mana aku mencari akan konklusinya...
diam...
membisu seribu kata...
aku duduk rapat-rapat..menutup segala kemungkinan
cuba menghayati...
sunyi saja...
tiada sebarang bunyi...kata...
kosong...
yang pasti...
bola mata ku ternganga luas..memandang di setiap ceruk ruang
seakan-akan mahu ditembusi..
biar aku mengerti
apa sebenarnya yang cuba di cari...
biar aku mengerti
segala apa yang tersembunyi...
nampak..
segala apa yang ternampak..
dengar...
segala apa yang terdengar...
kata...
segala apa yang terkata..
cinta..
segala apa yang tercinta...
apa yang terfikir..
biarkan mereka berinteraksi sebentar...
aku tidak kejam...
cukup begitu sahaja...
aku fikir..
lebih baik aku diamkan sahaja akan mereka..
ku katup mataku
dari melihat pandangan segala jenis mata
ku katup telingaku
dari mendengar segala bisik
ku katup mulutku
dari terlopong
kemudian berbicara sesuatu
mahu saja aku berdiri..
mengatakan apa yang pernah terkata..
namun..
ku tak mampu melawan satu kata
yang disebut qadar dan qada'
aku ketawakan sahaja..
setiap inci keraguan dan juga kekeliruan
yang cuba mengganggu setiap fasa kehidupanku
aku katupkan mulut
biarkan mata sahaja terjegil
biarkan telinga sahaja yang menadah
walaupun nafas terhenti..